plus minus gleich

JAWATANKUASA DEWAN

Hits smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG KERAJAAN (PAC)

BAHAWA DEWAN NEGERI KELANTAN YANG KEDUABELAS YANG TELAH BERSIDANG MEMBUAT KETETAPAN MENGIKUT PERKARA 110 DARIPADA PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH TETAP DEWAN NEGERI BAGI NEGERI KELANTAN MEWUJUDKAN SEBUAH JAWATANKUASA YANG DINAMAKAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA KERAJAAN (PUBLIC ACCOUNTS COMMITTEE) DAN MELANTIK AHLI-AHLINYA SEBAGAIMANA BERIKUT, BAGI TEMPOH SELAMA LIMA PENGGAL MULAI DARIPADA PERMULAAN PENGGAL YANG PERTAMA HINGGA AKHIR TEMPOH PENGGAL YANG KELIMA DEWAN NEGERI KELANTAN YANG KEDUABELAS.

 

YB HJ ABDUL FATTAH B HARON
PENGERUSI
YB HJ WAN ISMAIL B WAB JUSOH       
AHLI
YB HJ ZULKIFLI B MAMAT AHLI
YB DRS ZAINUDDIN B AWANG HAMAT AHLI
YB HJ AHMAD BAIHAKI B ATIQULLAH AHLI
YB PUAN ROHANI BT IBRAHIM AHLI
YB DATUK HJ NOOR ZAHIDI B HJ OMAR AHLI
YBRS. SETIAUSAHA DEWAN NEGERI       
SETIAUSAHA

JAWATANKUASA TERPILIH

BAHAWA DEWAN NEGERI KELANTAN YANG KEDUABELAS YANG TELAH BERSIDANG MEMBUAT KETETAPAN MENGIKUT PERKARA 110 DARIPADAPERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH TETAP DEWAN NEGERI BAGI NEGERI KELANTAN MEWUJUDKAN SEBUAH JAWATANKUASA YANG DINAMAKAN JAWATANKUASA TERPILIH (SELECT COMMITTEE) DAN MELANTIK AHLI-AHLINYA SEBAGAIMANA BERIKUT, BAGI TEMPOH SELAMA LIMA PENGGAL MULAI DARIPADA PERMULAAN PENGGAL YANG PERTAMA HINGGA AKHIR TEMPOH PENGGAL YANG KELIMA DEWAN NEGERI KELANTAN YANG KEDUABELAS.

YB HJ MOHD NASSURUDDIN B HJ DAUD   
PENGERUSI
YB HJ MOHD AMAT B ABDULLAH   
AHLI
YB DATO' HJ TAKIYUDDIN B HJ HASSAN AHLI
YB MEJ(B) HJ MD ANIZAM B ABDULRAHMAN AHLI
YB DATO' HJ OMAR B MOHAMED   
AHLI
YB HJ ZULKIFLI B MAMAT   
AHLI
YB HJ MUHAMAD B MUSTAFA AHLI
YBRS. SETIAUSAHA DEWAN NEGERI SETIAUSAHA

COMMONWEALTH PARLIAMENTARY ASSOCIATION

LATARBELAKANG

  1. Persatuan Parlimen Komanwel atau lebih dikenali sebagai CPA (Commonwealth Parliamentary Association) telah ditubuhkan pada tahun 1911. Pada masa itu Persatuan ini dikenali sebagai Empire Parliamentary Association dan keanggotaannya hanyalah Australia, Canada, New Foundland, New Zealand, South Africa dan United Kingdom. Nama Persatuan ini ditukar kepada Commonwealth Parliamentary Association (CPA) pada tahun 1948 dan keahliannya sekarang ialah 14,000 ahli dari 110 badan perundangan di peringkat Negara, negeri dan wilayah.
  2. Pada tahun 1989, Ratu Elizabeth United Kingdom menjadi Penaung dan Naib Penaungnya dilantik bergilir-gilir dengan penghormatan diberi kepada Ketua Negara atau Ketua Kerajaan yang menjadi tuan rumah Persidangan Tahunan CPA. Di tiap-tiap cawangann, Yang di Pertua Badan Perundangan adalah menjadi Pengerusi cawangannya dan Setiausaha Badan Perundangan pula dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas Setiausaha bagi cawangan CPA berkenaan. Di peringkat pusat sebuah urusetia ditubuhkan beribu pejabat di London di ketuai oleh Setiausaha Agung Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat adalah dipilih di dalam mesyuarat agung persatuan mengikut Perlembagaan CPA.

TUJUAN CPA

CPA adalah suatu persatuan yang tidak dihadkan kepada sesuatu kaum, agama, budaya dan jantina, tetapi mereka yang bersefahaman di dalam pelbagai aspek, menghormati undang-undang dan hak asasi dan kebebasan setiap individu yang menjunjung keagungan demokrasi berparlimen. Tujuannya di antara lain adalah :

i)                    meningkatkan kefahaman dan pengetahuan sistem perlembagaan, perundangan, ekonomi, social dan budaya di dalam rangka demokrasi berparlimen.

ii)                   Menjadi suatu saluran untuk ahli-ahlinya berunding, bertukar fikiran dan pendapat selain daripada mengeratkan kerjasama dan persefahaman di kalangan meraka di dalam mempelajari dan menghormati sistem berparlimen.

CPA mencapai tujuan-tujuan ini melalui

i)                    Perhimpunan Agung tahunan.

ii)                   Persidangan-persidangan di peringkat wilayah

iii)                 Simposium-simposium yang khusus

iv)                 Lawatan-lawatan

v)                  Seminar dan bengkel

vi)                 Penerbitan majalah-majalah dan pamphlets contohnya The Parliamentarian, ‘CPA News’ dan ‘Parliamentary  Update’.

vii)               Pusat Perhubungan (Parliamentary Information and Reference Centre)

LATARBELAKANG CPA DI MALAYSIA

  1. CPA Cawangan Malaysia telah ditubuhkan dalam tahun 1950 melalui satu ketetapan yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 19 April 1950. Selain daripada CPA Cawangan Malaysia di peringkat parlimen, CPA Cawangan-cawangan Negeri juga ditubukan melalui Dewan-Dewan Undangan Negeri.
  2. Menurut perlembagaan CPA Cawangan Malaysia, Yang di pertua Dewan Negara dan Yang di Pertua Dewan Rakyat adalah Yang di Pertua Bersama “ex-officio” dan Setiausaha Bagi Perlimen adalah Setiausaha Kehormat. Tujuh Ahli Jawatankuasa Kerja dipilih oleh Mesyuarat Agung dan 2 ahli dipilij oleh Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa Kerja melantik di antara ahli-ahlinya Pengerusi dan Naib Pengerusi dan Bendahari.
  3. Keahlian adalah terbuka kepada semua ahli Parlimen dan bekas ahli parlimen dan dikenakan bayaran mengikut jenis keahlian. Kategori keahlian CPA cawangan Malaysia adalah seperti berikut :-

i)                    Ahli seumur hidup

ii)                   Ahli biasa

iii)                 Ahli Bersekutu

AKTIVITI CPA

Di peringkat antarabangsa aktiviti utama CPA Cawangan Malaysia ialah menghadiri Persidangan Agung Tahunan yang diadakan secara bergilir di Negara cawangan CPA. Pada tahun 1996, Cawangan Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada persidangan ini. Selain dari itu ahli-ahli menghadiri seminar dan lawatan ke United Kingdom, yang dianjurkan oleh CPA United Kingdom, Regional Seminar yang diadakan di beberapa wilayah CPA dan lawatan ke CPA Cawangan Negara-negara ;ain seperti Singapura, Australia, Canada dan South Africa.

 

UNDIAN

Pandangan Anda Mengenai Mutu Portal Kami
 

STATISTIK PELAWAT

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
Online (20 minutes ago): 4
Your IP: 54.211.80.155
,
Now is: 2014-07-24 05:45